Dalam kehidupan, kita selalu mendengar keluhan begini……
Pabila seseorang itu dilahirkan dalam keluarga miskin, dan dia melihat rakannya yang hidup dalam kemewahan, dia mula rasa cemburu. Melihat kawannya berganti baju baru hampir setiap hari, nak apa semuanya dapat, sedang dia hanya hidup cukup-cukup makan, baju baru hanya setahun sekali. Lalu hati kecilnya meronta, mahu jadi seperti rakan itu. Mahu berada di tempatnya dengan alasan,
‘Aku nak jadi macam dia. Nak hidup senang. Memanglah mak dan ayah tak lokek kasih sayang dan perhatian kat aku, tapi kalau takde duit, tak guna juga. Aku dah jemu hidup susah. Aku nak hidup senang macam dia.’
Tapi percayalah, bila sudah berada di tempatnya. Bila sudah kaya, tapi kurang kasih sayang ibubapa, hati akan kembali meronta. Tak dinafikan semua apa yang dihajati, sekelip mata dapat dipenuhi. Minta yang ini dapat, minta yang itu dapat. Tapi bila ibubapa asyik sibuk bekerja, bersua muka hanya sekali seminggu, kasih sayang dan perhatian langsung tak dapat dirasa, segala kesenangan yang ada seolah tiada makna. Dan tatkala melihat mereka yang hidup seadanya, namun kaya kasih sayang, hati akan kembali meronta, mahu menjadi seperti itu dengan alasan,
‘Aku nak jadi seperti dia. Walaupun miskin, tapi hidupnya penuh kasih sayang. Buat apa kalau duit banyak, tapi hidup aku sunyi. Mama dengan papa asyik kerja je. Aku tinggal dengan bibik dekat rumah. Bosan. Duit banyak tapi sikit perhatian. Aku nak jadi macam dia, nak rasa kasih ibu, nak rasa sayang ayah.’
Itulah hakikat manusia, jarang bersyukur dengan apa yang ada…
Menjelajah lagi sudut kehidupan ini, kita akan ketemu situasi seperti ini,
Seseorang yang mudah melenting dan mengeluh. Dalam kesusahan dia mudah melatah, ada sahaja yang tidak kena di matanya. Hatinya pantang disakiti, kesalahan orang sukar dimaafkan.
‘Aku tak puas hati betul dengan dia. Suka-suka je nak buat macam tu. Sampai mati pun aku takkan maafkan.’
‘Terukla dia tu. Asyik-asyik nak minta tolong, buatlah sendiri. Ingat tenaga aku free ke?’
‘Kedekut la dia tu. Minta tolong sikit pun tak boleh.’
‘DIa ni selalu menyusahkan orang. Memang malanglah siapa jadi kawan dia.’
Kita memang selalu mengomel tentang orang lain. Bila orang lain salah, kita asyik membesarkannya. Kita selalu rasa sakit hati dan berjanji pada diri takkan memaafkan kesalahan orang itu.Kita selalu rasa sakit hati dan berjanji pada diri takkan memaafkan kesalahan orang itu. Kerana kita rasa salahnya terlalu besar, padahal dosa-dosa kita yang tak terhitung ini telah dijanjikan ALLAH sebuah pengampunan jika kita bertaubat. Kita selalu mengeluh bila ada orang meminta tolong, padahal setiap kali kita berdoa untuk meminta pertolongan, ALLAH tak pernah jemu mendengar. Kita lokek untuk memberi bantuan, mengharapkan balasan kerana tenaga kita ini bukannya percuma. Padahal, ALLAH kurniakan kita keupayaan melihat, mendengar dan berbagai-bagai lagi tanpa meminta sesen pun atas kurniaNYA…
Kerana manusia memang mudah lupa diri.. Sukar meletakkan diri di tempat orang lain agar lebih positif..
Jadi..
Berhentilah sekarang..
Berhenti melihat kesenangan orang lain dan berasa cemburu..
Tapi sentiasalah melihat kurniaan ALLAH pada diri dan bersyukur..
Kerana rezeki setiap dari kita telah ditentukan dan itulah yang terbaik..
Belajarlah untuk meletakkan diri pada tempat orang lain..
Jangan hanya mengeluh, mengomel dan ego..
Kerana kalau ia menyakiti kita, ia mungkin lebih menyakiti yang lain..
Belajar menjaga hati orang, dan orang akan menjaga hati kita..
Hormati orang dan kita akan dihormati..
Bantu orang lain dan ALLAH akan bantu kita..
Kerana hidup ini bukan hanya ada kita seorang, kita hidup untuk saling melengkapi..
DAN HAKIKATNYA KITA MEMANG SEBAIK-BAIK CIPTAAN!
“Verily, We created man of the best stature(mould)”“Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dengan sebaik baik kejadian “ (at-Tin ayat 4)
*credit to azzariyat.com
0 comments:
Post a Comment