BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 28, 2011

kelapa atau mutiara???


Apabila kamu berkawan dengan lelaki, Ingatlah
ada dua pilihan terbentang.

Satu,
Kamu jadi seperti kelapa..
Mudah diperolehi..
Diparut..
Diperah..
Dan diambil santannya..
Lepas tu hampasnya dibuang..



Kedua,
Kamu menjadi sebutir mutiara..
Berada di dasar lautan..
Tersimpan rapi..
Di lindungi kulit..
Bukan senang nak melihat..
Apa lagi mendapatkannya..
Hanya orang yang bertuah..
Berusaha menyelami dasar lautan..
Dapat memperolehinya..
Harganya mahal sekali..
Dan ia akan disimpan selamanya..



Jadi,
Kamu pilihlah samada hendak jadi kelapa
ataupun mutiara???

di sebalik santan...
menjadi penyedap makanan...
diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan...
akhirnya kari habis dimakan...
pulut panggang sisa habis ditelan..
dan santan hilang tak jadi ingatan...
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang...
orang tak kenang jasa santan...

mutiara..
tertanam didasar yang paling dalam..
sukar andai megharap jadi perhatian kerana
dilapisi kulit keras menghadang...
namun kiranya ditemui insan...
akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman...
atau dileher nan jinjang..
atau di lengan menawan..
makin lama mutiara tertanam..
makin tinggi nilaian...

tentukan mana satu pilihan..

menjadi santan...
mudah jadi perhatian..
tapi hanya sebentar jadi santapan...
kemudian hilang sgala nikmat dan pujian..

menjadi mutiara..
sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis perawan..
hilang ia... tangisan mengiringi berzaman

-share from fb-nur syuhaidah-
*sama2lah kita fikir kita nak jd yg mana?
kelapa or mutiara?
plihn d tgn kita sndiri =)

7 comments:

ismatulnabilaismail said...

bes gler yg ni!!!!
taciiiiinnngggg~

afifah samsudin :) said...

huhu. agak ar. mmbwa seribu maksud kn? kwn aku yg suh aku bca ni. mmg tacing arh ^_^

Cahaya.Kemuliaan said...

jom jadi mutiara :)

afifah samsudin :) said...

jom2... nk jd mutiara jugak =)

Hajar (: said...

ala..nak jadi jugak =')

Nurul Syazana said...

nice post apip. i likeeee :)

afifah samsudin :) said...

hajar: eh2 jom la jom la sama2 kita jd mutiara nak? =)
syazana: i likeeee jugakkkk ^_^