BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 23, 2011

sedekah =)

Dari Abu Dzar r.a katanya:Beberapa orang sahabat Nabi SAW pernah berkata kepada beliau,:Kaum hartawan memperolehi pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti kami solat, puasa seperti kami puasa dan bersedekah dengan sisa harta mereka. Jawab Rasulullah SAW:Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah? Setiap kalimah tasbih adalah sedekah; setiap kalimah takbir adalah sedekah; setiap kalimah tahmid adalah sedekah; setiap kalimah tahlil adalah sedekah; amar makruf dan nahi mungkar (menagajak kepada kebaikan dan melarang kepada yang mungkar) adalah sedekah; bahkan pada kemaluanmu pun terdapat pula unsur sedekah. Mereka bertanya:Kalau begitu, adakah kami mendapat pahala jika kami memuaskan nafsu syahwat kami? Jawab Rasulullah SAW Jika kamu melakukannya dengan yang haram, tentunya kamu berdosa. Sebaliknya jika kamu melakukannya dengan yang halal, kamu mendapat pahala.


Huraian utk hadith kt atas tu cmni...

Sedekah adalah sesuatu yang dapat menambahkan pahala seseorang selain daripada amal ibadat atau kebajikan yang diwajibkan untuk dilakukan.
Sedekah yang paling mudah adalah dengan menggunakan anggota badan seperti senyum yang tidak memerlukan sebarang tenaga mahupun wang ringgit. Begitu juga dengan berzikir kepada Allah yang hanya perlu diucapkan dengan lidah atau hati. Malah setiap sesuatu yang dilakukan dengan niat kerana Allah adalah dianggap sebagai sedekah.

sedekah yg paling mudah... senyum =)


my new metallic smile ^_^

Orang yang memiliki banyak kelebihan sama ada berupa harta benda, kekayaan, ilmu dan sebagainya selayaknya menginfakkan nikmat Allah tersebut untuk membantu mereka yang memerlukan. Dengan itu hubungan antara anggota masyarakat menjadi lebih kukuh tanpa timbul perasaan dengki dan iri hati antara satu sama lain.

Bersedekah adalah tanda bahawa seseorang itu mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah. Sebaliknya orang yang bersifat kedekut adalah orang yang tamak. Sedangkan Allah SWT sahaja yang memiliki segala sesuatu dan Dia berhak merampas kembali nikmat tersebut pada bila-bila masa yang dikehendaki-Nya. Oleh itu Islam mengatakan bahawa keberkatan rezeki itu adalah bergantung kepada cara bagaimana seseorang menyalurkan rezeki yang diperolehinya sama ada kepada kebaikan atau keburukan.


bersedekah slh 1 cara mensyukuri nikmat Allah...

-sumber:JAKIM-
*jom kita sama2 perbanyakkan sedekah, 
sedekah x semestinya wang ringgit, mcm2 lg yg leh kita wt kan =)

Sunday, April 10, 2011

Ringan Disebut, Berat Ditimbang

Dari Abu Hurairah r.a katanya,:Nabi s.a.w bersabda:'Dua kalimah yang amat dikasihi Allah Yang Maha Pemurah, ringan disebut lidah dan berat timbangannya (pahalanya) iaitu; Maha Suci Allahdan dengan kemuliaan-Nya, Maha Suci Allah Yang Maha Besar. (hadith riwayat al-Bukhari)

Maksudnya kat cni ialah...
Zikir dalam ertikata sebenarnya adalah suatu cara untuk menyebut, mengingat dan mendekatkan diri kapada Allah,
Maka segala aktiviti yang tujuannya menyebut, mengingat dan mendekatkan diri kepada Allah dinamakan zikir, seperti solat juga dinamakan zikir sbb kita sedang mengingati Allah semasa solat,

Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku ( Tahaa: 14 ). 

Namun begitu pengertian zikir yang lebih spesifik adalah menyebut nama Allah dengan lisan dan hati. Berzikir dengan lisan dan hati adalah perintah Allah yang mempunyai manfaat yang sangat besar di dunia mahupun di akhirat kelak.

Firman Allah lg yang bermaksudHai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya ( Al Ahzab:41) 

Berzikir adalah suatu cara untuk mendekatkan diri hamba kepada Tuhannya. 
Apabila seorang hamba sudah dekat dengan tuhannya maka segala hajat yang diminta dan diinginkannya pasti termakbul sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadith baginda yang bermaksud: Dan Aku bersamanya bila ia berzikir ( HR.Muslim ).

so sama2 lah kita perbnyakkan zikir dlm kehidupan seharian kita nie.
rasanya x susah pon kn nak wt bnda ni kn
ya la, sekadar nak berzikir, bukannnya susah pon,
berzikir dlm hati pon boleh kn.
tp tu la kdg2 hati kita ni lalai
penuh dgn titik hitam
sbb tu bnda simple mcm ni pon ssh kita nak wat
dok saja2 tu sama2 la kita berzikir,
semoga amalan zikir kita tu akn diberi ganjaran oleh Allah...
insyaAllah...


*renung2kn dn selamat beramal =)

Thursday, April 7, 2011

bertemu dgn org yg salah???


Terkadang kita terfikir :
Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?
Teman sekerja yang tak 'ngam'?
Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?
Housemate yang x sekepala?
Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?
(atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?)
((ingat, entry ini bukan hanya untuk cinta-cinta sahaja, okey?))
Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.
Pelbagai ragam dan karenah manusia yang  dapat kita temui di dunia ini.
Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....
 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]
Untuk lita'arafu..
Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.
Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.
Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.
Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.
Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.
Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..
Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?
Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...
Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.
Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.
Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.
Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.
Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.
Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.'
Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.
Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,
Untuk kita belajar sesuatu darinya.
Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.
Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.
Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.
Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.
Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?
Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.
Itulah dia Allah.
Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.
Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.
And He Knows best.

*Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia.
^_^
*copy and edit from iluvislam.com

Wednesday, April 6, 2011

kecewa

pg td exam mid-term physics, 
ok, aku sgt kecewa,
kecewa ngn diri sendiri,
x ley jwb dgn baek.

salah sapa?
salah diri sendiri.
sebab apa?
study last minit+mls study be4 nie.
menyesal?
dah xdak guna.
kecewa?
sgt3 kecewa.
rasa bersalah?
ya,rsa bersalah sgt2
rsa bersalah ngn Allah, sbb xguna masa yg ada selama ni utk study.
lagi?
rasa bersalah ngn mama.
ma, adk mntak maaf, adk x wt elok2, x tsudy btl2.
sedeh?
siyes sedeh. kalu mama tau aku x study btl2, msti mama sedeh kn?
wt pa selama ni?
bnyak tidoq. bnyak maen intenet. bnyak merapu.
hobi ka semua tu?
erk >.< speechless.

ok2, aku sgt kecewa, tension, xdak mood, n semua lah. 
haish. apa la nak jd ngn aku ni. 
dari dulu lg ckp nak jd rajen tp x jdi rajen pon.
kagum tgk kawan2 yg ajen study.
ada jugak kwn yg study cket2 tp pandai.
alhamdulillah. rzeki masing2.
moga Allah mmberikan aku kekuatan utk study.
tgk physics dah tadak mood.
sabar2. mungkin ada hikmah d sebalik semua ni.
mgkn peringatan dari Allah.

sabtu ni paper last utk mid-term. 
subjek?
ANATOMY
awt tulis huruf besaq?
FAVOURITE subjek kot.
siyes?
ok. sy mngaku. favourite dlm kurungan.
hehe ^_^

skang lecturer dah pandai bg esaimen banyak2.
dush3. update blog tp esaimen x siap ag. haha 
apa nak jadi nie.  >.<
ok. habes sudah.
nak smbung wt keja balek.
 assalamualaikum. 


*doakan utk paper anatomy nnti =)