BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 31, 2011

tak kira kat mana


dah lama rasanya tak update blog, xdak idea nak cita aa, plus kelas yg makin penuh, balik ja letih tidoq >.<'
kali ni tiba2 rasa nak update pasai solat, solat tak kira dlm apa keadaan or tempat,
lg specific post ni pasai solat dlm kenderaan,
kat mlysia slalunya jarang la nak timbul mslh2 nak solat ni, sbb rasanya bnyak ja kemudahan n tempat utk solat, 
tapi kt mesir ni kdg2 ssh ckt nak cri tmpat solat, pdahal kat cni x kisah pon kalau ada yg solat tepi jalan, solat kt tepi2 jalan bukanla bnda yg pelik kat cni, even solat jumaat selalu ja aku tgk depa wt kat jalan raya ja,
tp dlm case ni mksud aku kalau tgh dlm perjalann nak ke tempat yg jauh, tp x smpai 2 marhalah lg utk wat solat jama'&qasar, so tepaksa la solat kat dlm kenderaan tu ja, ni hadis berkaitan solat dlm kenderaan :)



Hadith: 
Diriwayatkan daripada Jabir r.a: Nabi Muhammad SAW pernah mengerjakan solat (sunat) sambil menunggang haiwan tunggangannya (rahilah) ke mana pun baginda menghadap dan ketika Nabi SAW hendak mengerjakan solat wajib Nabi SAW turun dari tunggangannya dan solat menghadap kiblat (Kaabah di Mekah).

Huraian Hadith: 
Islam mewajibkan kita melakukan solat malah haram ke atas kita meninggalkannya tanpa sebarang keuzuran yang dibenarkan syarak. Sekiranya kita berada dalam musafir sekalipun kita juga diwajibkan solat.
Terdapat berbagai-bagai kaedah dan pilihan yang telah digariskan termasuklah tata cara solat di dalam kenderaan sama ada kereta, perahu, kapal selam, kapal terbang mahupun dalam kapal angkasa.
Dalil yang membolehkannya selain daripada hadis di atas ialah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah ibnu Umar r.a. Seorang sahabat telah bertanya kepada Nabi SAW :Bagaimanakah cara untuk saya bersolat dalam perahu ? Nabi SAW menjawab: Solatlah di dalamnya dengan berdiri kecuali jika engkau takut tenggelam. Hadith di atas adalah sebagai dalil keharusan bersolat di atas kenderaan tanpa mengira apa jua jenis tersebut kerana ia bukanlah berkenaan hukum perahu tetapi ialah keharusan melaksanakan solat di atas kenderaan seperti mana Nabi SAW dan para sahabat yang pernah bersolat secara duduk di atas binatang tunggangan mereka. Baginda memberi isyarat yang sujud lebih rendah daripada rukuk. Solat sebegini adalah sah jikalau benar-benar menghadapi kesukaran.

Sunday, October 9, 2011

1st day 1st year

1st day 1st year as a dental student of tanta university, egypt.
alhamdulillah
hari ni dah start kelas :')
semoaga Allah mempermudahkan segala urusan kami smpai lah hbes tahun 4 nnti, amin3...
subject utk tahun ni boleh tahan la KOT banyaknya (nk comment pon ta belajar sgt lg),

ORAL BIOLOGY (or ORAL HISTOLOGY kot)
PATHOLOGY
BIOCHEMISTRY
PHYSIOLOGY
SPECIAL ANATOMY (kalu x slh HEAD N NECK)
DENTAL MATERIALS
MICROBIOLOGY
*yg dlm kurungan tu mksudnya x sure, ya la, kls baru nak mula so xtaw sgt lg psl subjek2 tu*
pasni kalau ajen cerita lg ^^


Wednesday, October 5, 2011

ikan kayu???

ikan kayu.
1st tyme kot dengaq.
tapi taktaw la kot2 dya ada nama laen.
ada sorg kawan aku ni la habaq kata dya nak makan gulai ikan kayu ari tu.
aku pelik, apa bnda la ikan kayu ni kan.
x puas hati punya pasai, last2 aku google ja ikan kayu,
then kluaq la kat google image gambaq ni ha,


laaa. rupanya aku kenai ja ikan ni.
rupa2nya ni la ikan yang aku selalu makan kat mesir ni.
ikan mackerel

so kesimpulannya IKAN KAYU=IKAN MACKEREL (utk sapa2 yg bru taw la)
mcm aku -.-"

Tuesday, October 4, 2011

balek mesir dah

alhamdulillah tanggal 29/09/2011 jam 9 25 malam waktu mesir, 
aku, dan kawan2 yang len selamat smpai di bumi mesir ini,
setelah mengharungi perjalanan selama 12 jam, 
bertolak dari klia pukui 3 ptg waktu malaysia, 
sampai kui 9 mlm waktu mesir (kui 3 pg waktu malaysia)

seronok bila dapat jumpa balik dengan kawan2 sekelas,
tapi at the same tyme sangat3 sedih nak tinggalkan Malaysia,
sedih tinggalkan family,
mama ngn abah antaq kat airport aloq setaq ja, then aku nek flight sendiri p kl,
sedih sgt masa nak salam ngn abah ngn mama,
setahun pulak la nak jumpa lepas ni =.='
paling sedih nak tinggalkan syifaa' aqila yang aku dh jaga dekat seminggu lebih tu,
huhu, berat sgt hati nak tinggalkan dya.

bila dah jumpa kawan2 kat klia dah hilang cikit rasa sedih tu,
tapi bila dah atas flight, dah tidoq, n then terjaga terus tringat family,
teringat syifaa', ayaq mata pon jatuh dengan ta sedaq. O.o
nasib baek la cket ja, pastu dah ok balek la.

dah smpai mesir, 
alhamdulillah kali ni masuk umah baru,
besar dari umah dulu, harap2 dpt stay kat umah ni smpai hbes final year,
letih la nak pindah2 ni -.-'
awai2 sampai still teringat kat family
tp lepas 3, 4 hari dah rasa ok balek 
harap2 semuanya bejalan lancar lepas ni, amin...