Dari Abu Hurairah r.a katanya,:Nabi s.a.w bersabda:'Dua kalimah yang amat dikasihi Allah Yang Maha Pemurah, ringan disebut lidah dan berat timbangannya (pahalanya) iaitu; Maha Suci Allahdan dengan kemuliaan-Nya, Maha Suci Allah Yang Maha Besar. (hadith riwayat al-Bukhari)
Maksudnya kat cni ialah...
Zikir dalam ertikata sebenarnya adalah suatu cara untuk menyebut, mengingat dan mendekatkan diri kapada Allah,
Maka segala aktiviti yang tujuannya menyebut, mengingat dan mendekatkan diri kepada Allah dinamakan zikir, seperti solat juga dinamakan zikir sbb kita sedang mengingati Allah semasa solat,
Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku ( Tahaa: 14 ).
Namun begitu pengertian zikir yang lebih spesifik adalah menyebut nama Allah dengan lisan dan hati. Berzikir dengan lisan dan hati adalah perintah Allah yang mempunyai manfaat yang sangat besar di dunia mahupun di akhirat kelak.
Firman Allah lg yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya ( Al Ahzab:41)
Berzikir adalah suatu cara untuk mendekatkan diri hamba kepada Tuhannya.
Apabila seorang hamba sudah dekat dengan tuhannya maka segala hajat yang diminta dan diinginkannya pasti termakbul sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadith baginda yang bermaksud: Dan Aku bersamanya bila ia berzikir ( HR.Muslim ).
so sama2 lah kita perbnyakkan zikir dlm kehidupan seharian kita nie.
rasanya x susah pon kn nak wt bnda ni kn
ya la, sekadar nak berzikir, bukannnya susah pon,
berzikir dlm hati pon boleh kn.
tp tu la kdg2 hati kita ni lalai
penuh dgn titik hitam
sbb tu bnda simple mcm ni pon ssh kita nak wat
dok saja2 tu sama2 la kita berzikir,
semoga amalan zikir kita tu akn diberi ganjaran oleh Allah...
insyaAllah...
*renung2kn dn selamat beramal =)
1 comments:
nak amalkan tapi manjang lupe je..
haiyaaa!!
Post a Comment