BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 10, 2013

magnet rezeki ~

assalamualaikum :)
dalam ke'bizi'an musim exam ni tetiba rasa nak share sumting, 
dah lama rasanya x post benda2 yg berfaedah ni, duk merapu ja selalu, ahaha.
apa yg aku nk share ni pon aku terbaca kat facebook, then aku rasa sgt best cita dia, so aku pon nak share kat cni, kot2 ada yg buleh tumpang baca sama kn :)
_________________________________________________________________________________

KISAH BENAR (SEDEKAH MAGNET KEPADA REZEKI)

Hari ini seharian aku tak makan . Pedih juga perut dari malam tadi lagi rasa pedih tu . Aku plan nak malan maggie kari je malam ni . Tiba-tiba ! Roomate aku mesej aku tanya nak pergi pasar malam ke tak ? Aku rasa nak pergi tapi risau sebab buka dompet cuma ada RM38 saja . Kalau pergi pasar malam tu faham-faham je . Macam-macam nak makan nanti . Aku tak tahu bila abang aku nak bank in duit pada aku . Mak cakap '' Dalam 2 atau 3 hari lagi bank in duit .'' Tapi aku pergi je pasar malam memandangkan aku tak makan lagi .

Di pasar malam , memang sentiasa ada tabung-tabung minta derma sama ada untuk anak yatim , masjid atau pun Gaza . Orang kurang upaya pun apa kurangnya . Aku memang ajar diri aku supaya berkongsi rezeki dengan manusia lain . Tapi sedikit kerisauan timbul sebab duit aku tak berapa banyak , untuk tampung makan aku di kolej lagi . Tapi, aku tetap pesan pada hati , ''Alaaa, aku beli banyak2 , makan sedap2 , takkan tak boleh derma sikit . Ada banyak, bagi banyak .. Ada sikit , bg la sikit , rezeki tu kn milik Allah .. Nanti ade la .. insya-Allah ..'' Jadi , aku hulurkan la RM1 pada tabung anak yatim . Kemudian ternampak tabung masjid , aku bagi lg RM1 . Kemudian ternampak pakcik buta , sayu sangat dan aku hulurkan lg RM1 . Selepas selesai beli , duit dlm dompet ada lebih kurang RM20 . Cukup untuk aku mkn selama 2hari kot..

Malam itu , selesai menjamu selera yg dikurniakanNya , along aku call aku dia cakap dia bank in aku RM150 . NAMPAK TAK ?? aku ingatkan mak aku yg suruh tapi mak aku tak tahu pun along aku bank in kn duit untuk aku . Itu la namanya rezeki itu milik Allah .. Aku hanya keluarkan RM3 untuk disedekahkan tapi Allah ganti
RM 150 . Cuba pikir , berapa kali ganda pemberian Dia tu .. Subhanallah ! Maha Suci Allah ..

Konklusinya , JANGAN TAKUT UNTUK MEMBELANJAKAN WANG KE JALAN ALLAH .. Dermalah walau sedikit asalkan kita ikhlas .. Takkan pernah susut rezeki tu bila kita sedekah . Rezeki itu milik Allah dan Dia Maha Pemurah .. Sedekah juga membantu kita di Titian Siratul Mustaqim . Bukanlah niat saya untuk cakap sy ni baik , alim atau sebagainya tapi sebagai satu perkongsian kpd pembaca untuk membuka lagi mata kita tentang nikmat Allah yang tiada bersempadan . Semoga kita akan lebih ringan tangan untuk
bersedekah selepas ini . Biiznillah ...

_____________________________________________________________________________________________


so, jom la kita sama2 ambik pengajaran dripda cerita ni. 
in shaa Allah x kan kurang aih duit kita kalau kita bnyakkan bersedekah ni, x caya? jom kita sama2 try ;)
yang penting kita cuba ikhlas kan niat kita tu, x kesah la walaupun nilai yg kita nak sedekah tu sikit pon, even 1 geneh (5 kupang duit mlesia) pon, xpaaa, sikit atau banyak x kesah lah,  tapi at least kita kena latihkan dri kita perbanyakkan sedekah ok ?
masa kita rasa ada duit lbh, bg la lebih, masa kita rasa kita dlm kesempitan duit, bg ja la setakat mana yg mampu. 
ni pesanan untuk diri aku sndri jugak ni ^_^ 

-exam masih berbaki 3 paper lg~ untunglaaa sapa hat hbes exam awai tu kan :P
-skrg suhu mkin lama mkn rendah, makin sejuk weh >.< , bila dah tidoq tu, punya la berat rasa nak keluar dari selimut  -.-"

counting the days (10 days to go) happy but also sad for my own reasons.


0 comments: