BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 30, 2012

exam, exam, exam ~

pejam celik pejam celik dah masuk ke penghujung tahun 2012
sat ja rasa, huhu~
tahun depan umoq pon dah makin meningkat, dah nak masuk 21 dah haaa~
tapi rasa cam x berapa nak matang lg, hahaha.
haaa, awal januari ni maka bermulalah exam mid-term aku~

huhuhu, bapa ari ja lg niiiiii~ tapi duk tidoq banyak lg, bila nak mula study ni afifah...~!!! 
sila sedaq diri ckt, bnyak lg x study >.<"

ni jadual exam aku~
5 JAN 2013~ ORAL PATHOLOGY
6 JAN 2013~ CROWN&BRIDGE
9 JAN 2013~ ORTHODONTICS
10 JAN 2013~ CONSERVATIVE DENTISTRY
12 JAN 2013~ PEDODONTICS
14 JAN 2013~ PHARMACOLOGY
15 JAN 2013~ PROSTHESIS

ok dah. musim sejuk ni sgt bnyak dugaan nak study.
bila dah tidoq tu, rasa payah sgt nak keluaq dari selimut =.='
doakan aku kuat untuk study, n tenang hadapi exam ni.
besa la tyme2 exam ni la selalunya nk stress mcm2. hahaha

pg ni terbaca hadis ni kat fb, sentap ckt rasa, huhu ~
~tazkirah utk diri sendiri & kwn2~ 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: “Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: “Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.” {Riwayat Muslim}


Sesungguhnya tempat meminta pertolongan kepada Allah SWT adalah yang hakiki, maka pohonlah kepadaNya.

Jangan pula kita menyamakan antara perancangan dan pengharapan kerana keduanya adalah sangat berbeza. Perancangan diikuti dengan tindakan, namun pengharapan hanyalah satu ilusi.

Berusahalah sedaya mungkin dan perbaikilah kembali niat kita dalam menempuh cabaran imtihan kali ini.

0 comments: