BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 15, 2011

hari lahir KEKASIH ALLAH


Bismillahirrahmanirrahim....

hari ni 12 Rabiul awal 1432 H
hari bersejarah buat semua umat Islam
hari kelahiran junjungan besar Nabi kita
Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wasallam
sama2 lah kita perbanyakkn selawat ke ats Baginda

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Surah ali-Imran: ayat 31).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasul-Nya lebih daripada cinta kepada perkara lain... (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
sesungguhnya Baginda amt mncntai dn mrndui kita
TAPI
adkh kita juga mncntai dn merindui Allah dn juga Baginda lbh dri sgala2nya?
peringatan buat diri ini dn buat kwn2 jugak :)
renung2kn dn selamat beramal :)




(hijjaz-Dia kekasih Allah)

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa


Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat


Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat


Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga


Sesungguhnya apa yang ku dambakan

Adalah cinta Allah yang Esa

Kerana cinta kepada Rasulullah

Beerti cinta kepada Allah

SALAM MAULIDUR RASUL

0 comments: