BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 6, 2012

ujian itu tanda Allah syg~

Assalamualaikum :)
cuti2 ni serius taktaw nak buat apa. dah ada masa utk study mls nk study pulak. bila ada kelas sampai dekat nak exam bg alasan kata xdak masa nak study. haish. mcm2 la. biasala tu kn. hehe ^^
dripada duk buang masa saja, so ptg ni bukk la laman web yg berfaedah ckt, bg terisi ckt jiwa ni kn. daripada duk tidoq ngn duk isi perut ngn makanan ja kn. :D
pastu terjumpa 1 hadis ni, rasa cam teringin nak share kat sini, dah lama x share sumting yg bermanfaat kt cni kn ^^

hadis ni nk ckp pasai ujian/musibah yg Allah bg kat seseorang tu. kdg2 mesti kita rasa down kn bila ditimpa kesusahan atau ujian, tp sebenarnya ujian/musibah tu la tanda Allah syg kita :)
masa kita susah tu la kita akan lebih dekat ngn Allah kan, kdg2 tu Allah nak peringat kita supaya jgn lalai, so bila kita ditimpa ujian, mesti kita akan cari Dia balek kn utk mengadu :')

Daripada Anas RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW, “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat. Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.”


Antara huraian utk hadis kat atas tu
  1. Orang beriman akan diuji menurut tahap keimanan dan kedudukan mereka di sisi Allah.
  2. Bersabar menghadapi bala atau penyakit akan menghapuskan dosa.
  3. Di antara tanda-tanda seseorang itu disayangi Allah ialah bala ujian yang ditimpakan ke atasnya.
  4. Seseorang yang sabar menghadapi kesusahan hidup adalah sebagai tanda bahawa dia dikasihi Allah. Orang yang tidak dikasihi Allah dilambatkan balasannya iaitu sampai ke hari kiamat.
  5. Seseorang yang bersabar menghadapi kesusahan akan diberi ganjaran yang setimpal dengan kesusahan yang dihadapi itu.
  6. Seseorang yang ingin menjadi hamba yang dikasihi Allah dia hendaklah bersedia menerima ujian yang diturunkan Allah kepadanya, sebaliknya seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah dia akan dibenci Allah.
sumber: jakim
jadinya, kita kenalah sabar & redha dengan kesusahan/ujian yg kita dpt utk mendapatkan keredhaanNya =)
*Allah x kan uji hambaNya melainkan atas kemampuan hambaNya sendiri. Allah yg cipta kita, so Allah lah yg Maha Mengetahui apa yg terbaek utk hambaNya ^_^
***doakan saya ada semngat utk study.



0 comments: