BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 31, 2011

tak kira kat mana


dah lama rasanya tak update blog, xdak idea nak cita aa, plus kelas yg makin penuh, balik ja letih tidoq >.<'
kali ni tiba2 rasa nak update pasai solat, solat tak kira dlm apa keadaan or tempat,
lg specific post ni pasai solat dlm kenderaan,
kat mlysia slalunya jarang la nak timbul mslh2 nak solat ni, sbb rasanya bnyak ja kemudahan n tempat utk solat, 
tapi kt mesir ni kdg2 ssh ckt nak cri tmpat solat, pdahal kat cni x kisah pon kalau ada yg solat tepi jalan, solat kt tepi2 jalan bukanla bnda yg pelik kat cni, even solat jumaat selalu ja aku tgk depa wt kat jalan raya ja,
tp dlm case ni mksud aku kalau tgh dlm perjalann nak ke tempat yg jauh, tp x smpai 2 marhalah lg utk wat solat jama'&qasar, so tepaksa la solat kat dlm kenderaan tu ja, ni hadis berkaitan solat dlm kenderaan :)



Hadith: 
Diriwayatkan daripada Jabir r.a: Nabi Muhammad SAW pernah mengerjakan solat (sunat) sambil menunggang haiwan tunggangannya (rahilah) ke mana pun baginda menghadap dan ketika Nabi SAW hendak mengerjakan solat wajib Nabi SAW turun dari tunggangannya dan solat menghadap kiblat (Kaabah di Mekah).

Huraian Hadith: 
Islam mewajibkan kita melakukan solat malah haram ke atas kita meninggalkannya tanpa sebarang keuzuran yang dibenarkan syarak. Sekiranya kita berada dalam musafir sekalipun kita juga diwajibkan solat.
Terdapat berbagai-bagai kaedah dan pilihan yang telah digariskan termasuklah tata cara solat di dalam kenderaan sama ada kereta, perahu, kapal selam, kapal terbang mahupun dalam kapal angkasa.
Dalil yang membolehkannya selain daripada hadis di atas ialah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah ibnu Umar r.a. Seorang sahabat telah bertanya kepada Nabi SAW :Bagaimanakah cara untuk saya bersolat dalam perahu ? Nabi SAW menjawab: Solatlah di dalamnya dengan berdiri kecuali jika engkau takut tenggelam. Hadith di atas adalah sebagai dalil keharusan bersolat di atas kenderaan tanpa mengira apa jua jenis tersebut kerana ia bukanlah berkenaan hukum perahu tetapi ialah keharusan melaksanakan solat di atas kenderaan seperti mana Nabi SAW dan para sahabat yang pernah bersolat secara duduk di atas binatang tunggangan mereka. Baginda memberi isyarat yang sujud lebih rendah daripada rukuk. Solat sebegini adalah sah jikalau benar-benar menghadapi kesukaran.

0 comments: